Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE MDI NEGERI SABAH
20 JULAI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Sabah telah menerima lawatan kerja rasmi YBrs. Tuan Abu Bakar bin Manat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, bagi meninjau pengurusan dan operasi cawangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan tugas di peringkat negeri.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat pengurusan yang merangkumi pencapaian semasa, prestasi operasi, cabaran yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Sesi tersebut turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai usaha mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan jabatan.
Selain itu, beliau turut meluangkan masa bertemu warga kerja MdI Negeri Sabah dan menzahirkan penghargaan atas komitmen serta dedikasi yang diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab. Beliau turut mengingatkan kepentingan mengamalkan nilai integriti, profesionalisme dan semangat kerja berpasukan dalam memastikan perkhidmatan jabatan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Lawatan ini diharap dapat menyokong usaha penambahbaikan berterusan di samping mengeratkan hubungan antara Ibu Pejabat dan cawangan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Â

