Galeri Foto
Photo Gallery
MDI TERENGGANU AADAKAN SESI LIBAT URUS BERSAMA JPJ NEGERI TERENGGANU
20 JULAI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Terengganu telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu yang diketuai oleh Puan A’thifah binti Ibrahim, Pengarah Insolvensi Negeri Terengganu.
Sesi tersebut menjadi platform perbincangan mengenai beberapa isu berkaitan pengurusan aset, khususnya melibatkan kenderaan milik syarikat yang digulungkan atau individu bankrap. Perbincangan turut menyentuh tatacara permohonan salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (geran), status kenderaan yang masih berdaftar tetapi tidak dapat dikesan, serta cadangan penambahbaikan mekanisme pemindahan hak milik kenderaan antara agensi kerajaan.
Selain bertukar pandangan mengenai prosedur dan keperluan semasa, kedua-dua agensi turut membincangkan langkah bagi memastikan urusan pendaftaran dan pengurusan aset dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Sesi ini diharap dapat melancarkan urusan yang melibatkan kedua-dua agensi serta menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

