Galeri Foto
Photo Gallery
MDI PERLIS ANJURKAN KURSUS MEMBUDAYAKAN INTEGRITI
20 JULAI 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Membudayakan Integriti yang disampaikan oleh Encik Khairul Zaquan bin Fadzil bagi meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Kursus ini memberi penekanan kepada penghayatan nilai integriti, etika kerja serta akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada amalan terbaik dalam membentuk budaya kerja yang profesional, beretika dan bertanggungjawab.
Penganjuran kursus ini diharap dapat menyemai budaya integriti dalam kalangan warga MdI Perlis sekali gus menyokong usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Â

