Galeri Foto

Photo Gallery

BAHAGIAN PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN IBU PEJABAT MDI LAKSANAKAN NAZIRAN DI MDI KOTA KINABALU DAN TAWAU, SABAH

21 JULAI 2026

Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan (BPP), Jabatan Insolvensi Malaysia telah melaksanakan naziran semakan Kertas Siasatan dan Insolvency Loose Minute Actions File (ILMAF) di MdI Cawangan Kota Kinabalu dan Tawau. Pasukan naziran diketuai oleh Puan Zairani binti Tugiran, Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, bersama pegawai-pegawai BPP.
Naziran ini bertujuan meneliti pengurusan Kertas Siasatan dan ILMAF di peringkat cawangan, mengenal pasti isu serta cabaran yang dihadapi, di samping berkongsi panduan dan amalan terbaik bagi membantu pegawai mengendalikan kes dengan lebih teratur dan berkesan.
Selain memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang, arahan jabatan dan prosedur kerja yang ditetapkan, sesi ini turut menjadi platform untuk menyelaras tatacara pengendalian kes serta membincangkan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan operasi penyiasatan dan penguatkuasaan di cawangan.
Melalui pelaksanaan naziran ini, diharapkan pengurusan Kertas Siasatan dan ILMAF dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti.