Galeri Foto

Photo Gallery

PENYERTAAN MDI KOTA KINABALU DALAM PROGRAM MAHKAMAH BERGERAK DI PULAU BANGGI, KUDAT

18 OGOS 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Kota Kinabalu telah menyertai Program Mahkamah Bergerak di Pulau Banggi, Kudat dengan pengisian sesi taklimat dan pembukaan reruai kepada masyarakat setempat.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Insolvensi, Encik Rezuanlly bin Asmari kepada Ketua-Ketua Adat Kampung berkaitan pengenalan dan fungsi MdI dalam mengendalikan hal ehwal kebankrapan serta penerangan mengenai Dasar Peluang Kedua.
MdI Kota Kinabalu turut membuka reruai pada program berkenaan bagi memberi penerangan dan maklumat berkaitan perkhidmatan jabatan secara terus kepada masyarakat setempat.
Penyertaan MdI dalam program ini memberi peluang kepada masyarakat, khususnya penduduk di Pulau Banggi, untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai urusan kebankrapan serta perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.
Â