Galeri Foto
Photo Gallery
MDI NEGERI KEDAH SERTAI KARNIVAL KHIDMAT RAKYAT DUN KOTA DARUL AMAN
18 OGOS 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kedah telah menyertai Karnival Khidmat Rakyat DUN Kota Darul Aman bersama Komuniti PPR Kota Setar dan Sekitarnya yang berlangsung di Dewan Serbaguna PPR Kota Setar, Alor Setar.
Sepanjang program, MdI Negeri Kedah turut membuka reruai pameran bagi memberi penerangan dan maklumat berkaitan fungsi serta perkhidmatan jabatan kepada masyarakat setempat.
Karnival yang dirasmikan oleh YB Teh Swee Leong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman ini turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam mendekatkan perkhidmatan serta penyampaian maklumat kepada komuniti.
Penyertaan MdI Negeri Kedah dalam program ini memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat secara terus mengenai perkhidmatan jabatan, di samping mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

