Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT MDI NEGERI KEDAH KE SSM NEGERI KEDAH

18 OGOS 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kedah bagi membincangkan urusan berkaitan antara kedua-dua agensi.
Delegasi MdI Negeri Kedah diketuai oleh Puan Qatrin Nada binti Harun, Pengarah Insolvensi Negeri Kedah, bersama pegawai MdI Negeri Kedah.
Kunjungan ini turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan serta mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan prosedur SSM, di samping meningkatkan penyelarasan bagi urusan yang melibatkan kedua-dua pihak.
MdI Negeri Kedah merakamkan penghargaan kepada SSM Negeri Kedah atas kesudian menerima kunjungan serta kerjasama yang diberikan. Diharapkan hubungan baik antara kedua-dua agensi dapat diteruskan bagi melancarkan urusan dan penyampaian perkhidmatan.
Â