Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM BICARA INTEGRITI MDI CAWANGAN MUAR 2026

18 OGOS 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)Cawangan Muar telah mengadakan Program Bicara Integriti 2026 sebagai salah satu usaha membudayakan nilai integriti dan etika kerja dalam kalangan warga jabatan.
Program diisi dengan ceramah bertajuk “Budaya Kerja Berintegriti, Cemerlang Organisasi” yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nashriq bin Othman, Inspektor Integriti, Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar.
Turut hadir Puan Azizah binti Hasan, Ketua Unit Likuidasi merangkap Wakil Ketua Cawangan, bersama pegawai dan kakitangan MdI Cawangan Muar.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga MdI mengenai kepentingan integriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, sekali gus membentuk budaya kerja yang profesional dan beretika.