Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PERAK KE MDI NEGERI PERAK
20 OGOS 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Perak telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak pada 20 Ogos 2026.
Delegasi JPPM Negeri Perak diketuai oleh Pengarah JPPM Negeri Perak, Puan Nurulhuda binti Mohd Akob, bersama dua orang pegawai. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengarah Insolvensi Negeri Perak, Puan Adibah binti Abdul Kadir.
Pertemuan ini membincangkan beberapa perkara berkaitan pertubuhan yang memerlukan tindakan lanjut oleh MdI, selain memberi ruang kepada kedua-dua jabatan untuk bertukar pandangan dan menyelaras perkara berkaitan.
Kunjungan ini diharap dapat meneruskan hubungan baik dan kerjasama antara JPPM Negeri Perak dan MdI Negeri Perak dalam urusan yang melibatkan kedua-dua jabatan.
Â

