Galeri Foto
Photo Gallery
SESI PERBINCANGAN (HI-TEA) MDI BERSAMA INSOL INTERNATIONAL
28 OGOS 2026
PUTRAJAYA | 28 OGOS 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan Sesi Perbincangan (Hi-Tea) bersama INSOL International yang diketuai oleh YBrs. Puan Fajrul Shihar binti Abu Samah, Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan. Sesi ini turut disertai oleh Mr. Scott Stuart, Ketua Pegawai Eksekutif INSOL International serta wakil INSOL International dan Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia (IPAM).
Sesi tersebut diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa berkaitan bidang penstrukturan semula dan insolvensi, di samping bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman antara pihak yang terlibat.
Antara perkara yang dibincangkan ialah pelaksanaan kerangka insolvensi rentas sempadan berasaskan Undang-Undang Model UNCITRAL, perkembangan inisiatif serantau INSOL International serta peluang kerjasama yang boleh diterokai dalam menyokong agenda reformasi insolvensi di Malaysia.
Pertemuan ini juga membuka ruang kepada MdI dan INSOL International untuk meneruskan hubungan kerjasama serta perkongsian kepakaran, khususnya dalam mengikuti perkembangan dan amalan semasa insolvensi di peringkat antarabangsa.
Â

