Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS MDI NEGERI PERAK BERSAMA MAJLIS BANDARAYA IPOH
7 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Perak telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada 27 Ogos 2026 bertempat di MdI Negeri Perak.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh Puan Adibah binti Abdul Kadir, Pengarah Insolvensi Negeri Perak bersama pegawai-pegawai MdI Negeri Perak. MBI pula diwakili oleh Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Perkhidmatan Komuniti Bandaraya; Cik Nur Salihah binti Mohd Nasri, Penolong Pengarah Komuniti; serta Encik Mohd Zabidi Azizi bin Abu Kassim, Penolong Pegawai Tadbir (Sukan dan Fasiliti).
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan dan membincangkan beberapa perkara berkaitan kerjasama dalam bidang komuniti dan kemasyarakatan, termasuk peluang untuk melaksanakan program yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
MdI Negeri Perak merakamkan penghargaan kepada pihak MBI atas kesudian hadir dan memberikan kerjasama sepanjang sesi tersebut. Diharapkan pertemuan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua pihak, khususnya dalam pelaksanaan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

