Galeri Foto
Photo Gallery
PERTANDINGAN BOLING JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) NEGERI KEDAH TAHUN 2026
7 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kedah telah mengadakan Pertandingan Boling sebagai salah satu aktiviti bagi mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan warga kerja.
Program ini turut memberi peluang kepada warga MdI Negeri Kedah untuk mencungkil bakat dalam sukan boling, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.
Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Qatrin Nada binti Harun, Pengarah Insolvensi Negeri Kedah.
Penganjuran aktiviti seumpama ini diharap dapat mengeratkan ukhuwah sesama warga kerja serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan positif.
Â

