Galeri Foto
Photo Gallery
INTERNATIONAL CONFERENCE ON BALANCING CREDITOR RIGHTS AND DEBTOR PROTECTION IN MODERN CIVIL ENFORCEMENT SYSTEMS
7 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menyertai 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙧𝙣𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 𝘾𝙤𝙣𝙛𝙚𝙧𝙚𝙣𝙘𝙚 𝙤𝙣 𝘽𝙖𝙡𝙖𝙣𝙘𝙞𝙣𝙜 𝘾𝙧𝙚𝙙𝙞𝙩𝙤𝙧 𝙍𝙞𝙜𝙝𝙩𝙨 𝙖𝙣𝙙 𝘿𝙚𝙗𝙩𝙤𝙧 𝙋𝙧𝙤𝙩𝙚𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙞𝙣 𝙈𝙤𝙙𝙚𝙧𝙣 𝘾𝙞𝙫𝙞𝙡 𝙀𝙣𝙛𝙤𝙧𝙘𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙎𝙮𝙨𝙩𝙚𝙢𝙨 yang berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2026 di The Peninsula Bangkok, Thailand.
MdI diwakili oleh Tuan Nik Syahril bin Nik Ab Rahman, Pengarah Insolvensi, Bahagian Dasar dan Perundangan yang turut dijemput sebagai panel dalam 𝙋𝙡𝙚𝙣𝙖𝙧𝙮 𝙎𝙚𝙨𝙨𝙞𝙤𝙣 3: 𝘿𝙚𝙛𝙞𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙩𝙝𝙚 𝘼𝙥𝙥𝙧𝙤𝙥𝙧𝙞𝙖𝙩𝙚 𝘽𝙤𝙪𝙣𝙙𝙖𝙧𝙞𝙚𝙨 𝙗𝙚𝙩𝙬𝙚𝙚𝙣 𝙀𝙣𝙛𝙤𝙧𝙘𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙤𝙬𝙚𝙧𝙨, 𝘼𝙨𝙨𝙚𝙩𝙨 𝙀𝙭𝙚𝙢𝙥𝙩𝙞𝙤𝙣, 𝙩𝙝𝙚 𝙎𝙘𝙤𝙥𝙚 𝙤𝙛 𝙇𝙖𝙬, 𝙖𝙣𝙙 𝙋𝙪𝙗𝙡𝙞𝙘 𝙤𝙧 𝙋𝙧𝙞𝙫𝙖𝙩𝙚 𝙀𝙣𝙛𝙤𝙧𝙘𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙎𝙮𝙨𝙩𝙚𝙢𝙨 𝙖𝙘𝙧𝙤𝙨𝙨 𝙅𝙪𝙧𝙞𝙨𝙙𝙞𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣𝙨.
Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi perspektif Malaysia berkaitan keseimbangan antara hak pemiutang, perlindungan penghutang serta pelaksanaan sistem penguatkuasaan sivil.
Persidangan ini menghimpunkan wakil negara-negara ASEAN serta beberapa negara dan organisasi antarabangsa sebagai platform perkongsian pengalaman, amalan dan pendekatan berkaitan penguatkuasaan sivil dan insolvensi.

