Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI (KE)
8 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Kementerian Ekonomi pada 8 September 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat MdI, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Presint 3.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh Puan Fajrul Shihar binti Abu Samah, Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan bertujuan mendapatkan pandangan, khidmat nasihat dan input strategik daripada pihak Kementerian Ekonomi berhubung cadangan pemerbadanan MdI sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan.
Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek perancangan strategik, kelestarian kewangan dan pengurusan sumber bagi memperkukuh cadangan pemerbadanan selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
MdI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Ekonomi atas perkongsian pandangan dan kepakaran. Semoga hasil sesi ini dapat memperkukuh usaha merealisasikan cadangan pemerbadanan MdI demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan mampan kepada rakyat serta negara.
Â

