Galeri Foto
Photo Gallery
MDI NEGERI JOHOR KONGSI INFORMASI KEBANKRAPAN BERSAMA PENDENGAR JOHORFM
16 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah menerima undangan sebagai tetamu bagi rancangan Cakna Hak Anda Kawan (CHAK!) di JOHORfm, RTM Negeri Johor.
Menerusi topik “Kebankrapan Bukan Pengakhiran: Fahami Peranan Insolvensi dan Tanggungjawab Anda Sebagai Seorang Bankrap”, MdI Negeri Johor diwakili oleh Puan Noor Doty binti Rasul, Pegawai Insolvensi Kanan II, Unit Kebankrapan. Rancangan tersebut dikendalikan oleh penyampai radio, Encik Akym.
Perkongsian tersebut memberi penerangan kepada pendengar mengenai proses kebankrapan, peranan Jabatan Insolvensi Malaysia serta tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh individu yang diisytiharkan bankrap. Turut dikongsikan ialah saluran dan peluang yang tersedia bagi membantu individu bankrap menyelesaikan urusan kebankrapan dan seterusnya membina semula kedudukan kewangan.
MdI Negeri Johor merakamkan penghargaan kepada JOHORfm, RTM Negeri Johor atas jemputan dan ruang yang diberikan untuk berkongsi maklumat berkaitan kebankrapan kepada masyarakat. Kerjasama ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran orang ramai mengenai peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

