Galeri Foto
Photo Gallery
PERTANDINGAN DEKORASI KEK KEMERDEKAAN 2026 SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026
16 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Dekorasi Kek Kemerdekaan 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.
Pertandingan ini melibatkan penyertaan warga MdI Negeri Selangor yang menampilkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan dekorasi kek berkonsepkan kemerdekaan.
Selain menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, penganjuran pertandingan ini turut memberi peluang kepada warga jabatan untuk berinteraksi dalam suasana santai, sekali gus mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama dan kekitaan.
Program berlangsung dalam suasana ceria dan meriah, mencerminkan semangat kebersamaan warga MdI Negeri Selangor dalam meraikan sambutan Hari Kebangsaan.

