Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) NEGERI PULAU PINANG KE ATAS KETUA POLIS PULAU PINANG
23 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 23 September 2026.
Delegasi MdI Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Puan Siti Hafiza binti Jaafar, Pengarah Insolvensi Negeri Pulau Pinang bersama pegawai-pegawai MdI Negeri Pulau Pinang.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak serta membincangkan potensi kerjasama strategik, khususnya berkaitan rampasan aset alih milik individu bankrap dan syarikat yang ditadbir oleh MdI.
Pertemuan ini diharapkan dapat meningkatkan kerjasama dan penyelarasan antara MdI Negeri Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

