Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT MDI NEGERI PAHANG KE ATAS PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI PAHANG

23 SEPTEMBER 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, AMP., Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.
Delegasi MdI Negeri Pahang diketuai oleh Puan Haryati binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri Pahang bersama Puan Nur Najwa Aqilah binti Khairul Anuar, Penolong Pengarah Insolvensi Negeri Pahang serta pegawai-pegawai MdI Negeri Pahang.
Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai perkara berkaitan kepentingan masyarakat, di samping membincangkan peluang kerjasama dan penganjuran program bersama pada masa akan datang.
Kunjungan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan serta membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara MdI Negeri Pahang dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.
Â