Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT MDI NEGERI PAHANG KE ATAS PEJABAT PENDAKWAAN NEGERI PAHANG
23 SEPTEMBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pahang telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendakwaan Negeri Pahang yang disambut oleh YBrs. Tuan Mohd Sabri bin Othman, Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang.
Delegasi MdI Negeri Pahang diketuai oleh Puan Haryati binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri Pahang bersama Puan Nur Najwa Aqilah binti Khairul Anuar, Penolong Pengarah Insolvensi Negeri Pahang serta beberapa orang pegawai.
Sesi tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai perkara berkaitan kepentingan masyarakat, selain membincangkan cadangan program yang boleh dilaksanakan bersama.
Pertemuan ini turut membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua agensi pada masa akan datang.

