Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM MDI OPEN DAY 2026 JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI PAHANG
29 SEPTEMBER 2026
MdI Open Day Pahang 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pahang telah menganjurkan MdI Open Day Pahang 2026 bertemakan “Biar Jatuh Hati, Jangan Jatuh Bankrap” pada 29 September 2026 bertempat di Dewan Atabara, Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Mukhzany Fariz bin Mohd Mokhtar, Pengarah Insolvensi, Bahagian Likuidasi, MdI Ibu Pejabat. Turut hadir Tuan Mohd Sabri bin Othman, Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, serta wakil agensi dan pihak berkepentingan.
Sepanjang program, pelbagai pengisian telah diadakan antaranya perkongsian berkaitan kebankrapan dan penjawat awam, taklimat kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta taklimat pengurusan kewangan dan hutang oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Program turut menampilkan sesi perkongsian bersama pempengaruh Encik Muhammad Noor bin Zakaria (Madnor) dan sesi interaktif Kahoot!.
Selain pengisian pentas, pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat dan perkhidmatan secara terus melalui reruai pameran pelbagai agensi. Perkhidmatan kesihatan, pemeriksaan pergigian, perkhidmatan bergerak, jualan vendor serta Jualan Rahmah turut disediakan sepanjang program.
Penganjuran MdI Open Day Pahang 2026 memberi ruang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat fungsi dan peranan MdI, khususnya berkaitan kebankrapan, di samping meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan kewangan serta mendekatkan perkhidmatan Jabatan kepada masyarakat.

