Galeri Foto

Photo Gallery

PASUKAN NEXIAS UPAI MDI RAIH NAIB JOHAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PERDANA MENTERI MENERUSI PROJEK SCUPAI

20 OKTOBER 2026

20 Oktober 2026- Tahniah kepada pasukan NEXIAS dari Unit Pengurusan Aset Insolvensi (UPAI), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang diketuai oleh Sr. Roshdi bin Sabu atas kejayaan meraih Naib Johan Anugerah Inovasi Trek Ekonomi menerusi projek Smart Centralized Platform for Asset Insolvency Management (SCUPAI) anjuran Jabatan Perdana Menteri sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan yang diadakan di Cyberjaya.
Kejayaan ini turut melayakkan pasukan NEXIAS menerima hadiah kemenangan berjumlah RM3,000.
Inovasi ini merupakan sistem berpusat yang dibangunkan bagi memudahkan pengurusan, pemantauan, penyelarasan maklumat dan penghasilan aset insolvensi, sekali gus mempercepatkan proses carian maklumat di hujung jari.
Warga MdI merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh pasukan NEXIAS atas kejayaan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi inspirasi kepada warga MdI untuk terus menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada jabatan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.