Galeri Foto
Photo Gallery
MDI OPEN DAY 2026 CAWANGAN SANDAKAN DEKATI MASYARAKAT SETEMPAT
17 OKTOBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sandakan telah menganjurkan Program MdI Open Day 2026 pada 17 Oktober 2026 bertempat di Mydin, Ujana Sejati, Sandakan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Puan Herlina binti Muse, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program, antaranya sesi Pocket Talk berkaitan kesedaran isu penipuan, sesi sembang santai, pameran reruai agensi, pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz interaktif serta aktiviti bersama pengunjung.
Program ini turut memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengenali peranan dan perkhidmatan MdI dengan lebih dekat serta mendapatkan penerangan secara langsung daripada pihak jabatan.
Syabas dan tahniah kepada Puan Angelina Evita Moigol, Ketua Cawangan MdI Sandakan, serta seluruh warga kerja MdI Cawangan Sandakan atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan strategik serta agensi yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan MdI Open Day 2026 Cawangan Sandakan.

