Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS MDI JOHOR BAHRU BERSAMA TENAGA NASIONAL BERHAD

21 OKTOBER 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Johor Bahru telah mengadakan sesi libat urus bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor Bahru bertempat di Wisma TNB Yahya Awal, Johor Bahru atas jemputan pihak TNB.
Sesi ini melibatkan 20 orang kakitangan TNB daripada Bahagian Kedai Tenaga, Khidmat Pelanggan serta Kutipan dan Pemulihan Hutang.
Perbincangan tertumpu kepada peranan, fungsi dan bidang kuasa kedua-dua agensi, selain perkongsian maklumat serta penjelasan mengenai prosedur berkaitan urusan insolvensi dan pengendalian pelanggan.
Sesi libat urus ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan isu-isu berkaitan serta meningkatkan kefahaman bagi memudahkan urusan dan kerjasama antara MdI Johor Bahru dengan TNB pada masa hadapan.