Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA KE SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
14 OKTOBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan serta Bahagian Likuidasi telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertempat di Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur.
Delegasi MdI diketuai oleh Puan Zairani binti Tugiran, Pengarah Insolvensi Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan bersama pegawai-pegawai daripada kedua-dua bahagian. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Encik Mohamad Awi bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pemasaran Pembangunan Perniagaan SSM bersama pegawai-pegawai SSM.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada kerjasama antara kedua-dua agensi, khususnya dalam aspek penyiasatan, penguatkuasaan dan perkongsian maklumat. Antara perkara yang dibincangkan termasuk penggunaan Sistem Carian SSM, kaedah mendapatkan maklumat individu bankrap yang mempunyai kepentingan dalam syarikat serta keperluan penambahan akses pengguna dan latihan berkaitan sistem tersebut.
Kunjungan ini turut membuka ruang perbincangan bagi memudahkan urusan perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan antara MdI dengan SSM, khususnya dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kedua-dua agensi.

