Unit Pengurusan Aset Insolvensi
PEREKODAN ASET
Di antara bidang tugas Perekodan Aset Insolvensi adalah seperti berikut:
i. Mentadbir Sistem Perekodan Aset Insolvensi bagi semua senarai aset Alih dan Tak Alih Insolvensi dari Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi di cawangan.
ii. Memantau perekodan semua senarai aset Alih Insolvensi dari Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi di cawangan.
iii. Mengemukakan pandangan dan syor berkaitan persoalan aset/status hartanah bankrap/Syarikat digulungkan.
iv. Mengeluarkan arahan dari masa ke semasa berkaitan perekodan aset Insolvensi yang dilaksanakan di cawangan.
v. Memantau pelaporan perekodan aset Insolvensi secara bulanan.
vi. Menjalankan naziran perekodan aset Insolvensi yang dilaksanakan di cawangan.
PENTADBIRAN ASET INSOLVENSI
Di antara bidang tugas Pentadbiran Aset Insolvensi adalah seperti berikut:
i. Menjalankan penilaian aset selain hartanah yang diterima dari cawangan.
ii. Merekodkan permohonan nilaian oleh cawangan ke JPPH secara bulanan.
iii. Menguruskan urusan penjualan hartanah milik Bankrap/Syarikat digulungkan melalui Triti Persendirian (Private Treaty).
iv. Menguruskan urusan penjualan aset Insolvensi milik Syarikat digulungkan secara Tender Awam.
v. Menguruskan urusan penjualan aset Insolvensi milik Bankrap/Syarikat digulungkan secara Lelongan Awam.
vi. Menguruskan permohonan untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli (PJB) aset yang akan dihasilkan.
vii. Menguruskan permohonan penolakan aset alih/tak alih yang membebankan (Onerous Property) milik Bankrap/Syarikat digulungkan.
viii. Mengeluarkan arahan dari masa ke semasa berkaitan penzahiran, penghasilan atau npenolakan aset Insolvensi yang membebankan.
ix. Menjalankan naziran ke atas aktiviti pentadbiran aset Insolvensi di cawangan.
x. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, Pengarah Bahagian dan Ketua Unit.
PENGURUSAN ASET INSOLVENSI
Di antara bidang tugas Pengurusan Aset Insolvensi adalah seperti berikut:
i. Menguruskan pemasaran dan penyewaan aset Tak Alih Insolvensi bagi Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi di cawangan.
ii. Menguruskan perejenan aset Tak Alih Insolvensi bagi Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi di cawangan.
iii. Menguruskan penyelenggaran dan pembaikan aset tak alih Insolvensi (hartanah) bagi Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi di cawangan.
iv. Menguruskan aktiviti penyimpanan/ perpindahan/ pengangkutan barang ke/ melibatkan aset Insolvensi bagi Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi/ Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan di cawangan.
v. Memantau dan mengeluarkan arahan berkaitan urusan penyimpanan aset/ penguatkuasaan/ pengusiran/ pengosongan (Membaik pulih) premis/ hartanah bagi Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi di cawangan bersama-sama dengan Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan di cawangan.
vi. Memantau dan mengeluarkan arahan berkaitan aktiviti kutipan/ penamatan perjanjian sewa secara bulanan melibatkan aset hartanah bagi Unit Kebankrapan /Unit Likuidasi di cawangan.
vii. Memantau dan mengeluarkan arahan berkaitan aktiviti menginsuranskan aset hartanah yang telah dikenalpasti bagi tujuan perlindungan kebakaran/ bencana alam bagi Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi di cawangan.
viii. Menjalankan naziran ke atas aktiviti penyewaan dan penyelenggaraan aset tak alih insolvensi (hartanah) di cawangan mengikut keperluan.
LANTIKAN PELELONG BERLESEN
Di antara bidang tugas Lantikan Pelelong Berlesen adalah seperti berikut:
i. Menguruskan permohonan perlantikan Pelelong Berlesen dari UPAI Cawangan ke atas aset kebankrapan/ syarikat yang digulung.
ii. Mengenalpasti aset Insolvensi milik Bankrap/ syarikat digulungkan yang berpotensi dihasilkan melalui lelongan awam.
iii. Memantau pelaksanaan permohonan lelongan awam yang dikendalikan oleh Unit Kebankrapan/ Unit Likuidasi / Unit Akaun cawangan.
iv. Mengeluarkan arahan dari masa ke semasa berkaitan tatacara pengendalian penghasilan melalui lelongan awam mengikut keperluan.
v. Menjalankan naziran berkaitan perlaksanaan lelongan awam yang dikendalikan oleh cawangan.