Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)

Pengenalan

JPICT MdI ditubuhkan untuk menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal projek ICT bagi perolehan sistem, rangkaian, perkakasan, perisian dan perkhidmatan ICT di MdI. JPICT juga berperanan untuk menyelaras dan memantau urusan pengoperasian pelaksanaan projek ICT Jabatan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP).

Semua bahagian di MdI dikehendaki mengemukakan cadangan projek ICT kepada JPICT MdI bagi mendapatkan kelulusan teknikal sebelum dilaksanakan.

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ialah jawatankuasa di peringkat Jabatan yang merancang, menyelaras, menilai, meluluskan dan memantau permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT bagi Jabatan dan cawangan termasuk projek ICT yang dilaksanakan secara in-house.

Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) pula ialah jawatankuasa di peringkat Jabatan yang menilai dan mengesyorkan perakuan teknikal projek ICT serta melaporkan kemajuan pelaksanaan projek ICT kepada JPICT MdI.

Tujuan

Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT Jabatan dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.

Jadual Perancangan Mesyuarat JTICT dan JPICT TAHUN 2025

BilPerkaraTarikh Mesyuarat JTICTTarikh Mesyuarat JPICTTarikh Tutup Permohonan
1Mesyuarat Bil. 1/202522 Disember 202512 Januari 202615 Disember 2025

*Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan dan jumlah permohonan diterima.

Jadual Perancangan Mesyuarat JTICT dan JPICT TAHUN 2026

BilPerkaraTarikh Mesyuarat JTICTTarikh Mesyuarat JPICTTarikh Tutup Permohonan
1Mesyuarat Bil. 1/20263 Mac 202611 Mac 202623 Februari 2026
1Mesyuarat Bil. 2/202616 Jun 202625 Jun 20268 Jun 2026
1Mesyuarat Bil. 3/202622 September 202630 September 202614 September 2026
1Mesyuarat Bil. 4/202610 November 202619 November 20262 November 2026

*Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan dan jumlah permohonan diterima.

Tempoh Permohonan

Permohonan kelulusan bagi projek ICT dibuka sepanjang tahun. Kertas yang diterima melewati tarikh akhir penghantaran kertas permohonan yang telah ditetapkan akan dibawa ke mesyuarat yang seterusnya. Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT >> Templat Slaid Permohonan JPICT MdI

Permohonan perlu dikemukakan kepada Urus Setia JPICT MdI melalui e-mel urusetia.jpict@mdi.gov.my

Rujukan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh diajukan kepada Urus Setia JPICT MdI seperti berikut:
Bil Nama No telefon Emel
1 Puan Nornadiah Binti Mohd Khalid 03-8885 1084 nornadiah.khalid@mdi.gov.my
2 Puan Suzyreen Binti Ahmad 03-8885 1064 suzyreen.ahmad@bheuu.gov.my
3 Puan Kavitha A/P Arumugan 03-8885 1913 kavitha.arumugan@bheuu.gov.my


Urus Setia Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
Bahagian Teknologi Maklumat
Jabatan Insolvensi Malaysia