Kebankrapan
Mekanisma Penyelamat (Rescue Mechanism)
VOLUNTARY ARRANGEMENT (PERKIRAAN SUKARELA)
- Mewujudkan Mekanisme Penyelamat (Rescue Mechanism) sebelum prosiding kebankrapan dengan pelantikan Penama (nominee) dalam Perkiraan Sukarela
- Menggantikan mekanisme terdahulu : skim perkiraan dan komposisi dan surat ikatan perkiraan.
- Peluang terakhir bagi penghutang untuk berunding dan mengelakkan perintah kebankrapan dijatuhkan oleh mahkamah.
Ciri-ciri Perkiraan Sukarela (VA)
- Memohon bila-bila masa sebelum perintah kebankrapan dijatuhkan
- Tidak terpakai kepada bankrap dan perkongsian terhad.
- Mesti melantik seorang Penama yang berdaftar
- Perlindungan melalui perintah interim selama 90 hari
- Melibatkan kos yang perlu dibayar oleh penghutang kepada Penama
- Melibatkan permohonan di Mahkamah Tinggi.
Kebaikan Perkiraan Sukarela (VA)
- Perlindungan kepada penghutang dalam bentuk perintah interim 90 hari.
- Mengelakkan penghutang dari dibankrapkan dan tidak kehilangan harta serta keupayaan akibat daripada kebankrapan
- Bersifat mengikat di sisi undang-undang.
- Pemiutang mendapat pembayaran semula hutang yang berterusan.
- Melindungi harta penghutang.
Kesan Perintah Interim
- Tiada petisyen kebankrapan boleh dibuat atau diteruskan terhadap penghutang.
- Tiada prosiding atau tindakan pelaksanaan dan lain-lain proses undang-undang boleh diambil terhadap penghutang tanpa kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.
Siapa boleh menjadi penama? (Seksyen 2F dan 2G Akta 360)
- Effective Reporting Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan tidak perlu berdaftar dengan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI)
- Akauntan bertauliah yang berdaftar di bawah Akta Akauntan 1967 [Akta 94]
- Peguambela & Peguamcara
- Mana-mana orang yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Ketua Pengarah Insolvensi melalui Warta
Apa itu kebankrapan?
Kebankrapan ialah satu proses undang-undang di mana dengan perintah Mahkamah, seseorang itu diisytiharkan bankrap dan hartanya terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) untuk penghasilan dan pembahagian kepada pemiutang.
Bagaimana seseorang individu boleh diisytiharkan bankrap?
- Berlaku tindakan kebankrapan
- Prosiding kebankrapan dimulakan dalam keadaan berikut:
- Gagal mematuhi Notis Kebankrapan
- Atas Permohonan Penghutang sendiri untuk mengisytiharkan dirinya bankrap
PETISYEN
- Petisyen pemiutang : Penghakiman tidak kurang daripada RM100,000
2. Petisyen penghutang : Tiada had
PERINTAH KEBANKRAPAN
Implikasi Kebankrapan
- Tidak boleh memegang jawatan dalam beberapa badan berkanun sebagai contoh; tidak boleh menjadi Gabenor atau pengarah Bank Negara, Bank Pertanian Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Bank Simpanan Nasional – Perenggan 17(1)(e), Central Bank Act 2
- Tidak boleh memegang jawatan atau menjadi penasihat / pekerja sesuatu pertubuhan berdaftar – Subseksyen 9A(d) Akta Pertubuhan 1966
- Tidak boleh bertindak sebagai anggota eksekutif kesatuan sekerja – Subseksyen 28(1)(e) Akta Kesatuan Sekerja 1959
- Tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara / Ahli Parlimen – Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan
- Tidak boleh memegang jawatan Ahli Majlis sebuah pihak berkuasa tempatan – Subseksyen 36(1)(b) Akta 360
- Tidak layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret – Subseksyen 36(1)(a) Akta 360
Sekatan-sekatan akibat kebankrapan
- Tidak boleh bekerja dengan suami / isteri atau saudara mara tanpa kebenaran
- Tidak boleh menjalankan perniagaan sama ada sendiri atau perkongsian tanpa kebenaran
- Tidak boleh memasuki kontrak perniagaan tanpa memaklumkan status kebankrapannya kepada pihak yang memasuki kontrak dengannya
- Tidak boleh keluar dari Malaysia tanpa kebenaran
- Tidak boleh meminjam >RM1000 tanpa memaklumkan status kebankrapannya kepada pemberi pinjaman
- Tidak boleh menjadi pengarah syarikat tanpa kebenaran
- Tidak boleh mengambil tindakan di Mahkamah tanpa Kebenaran
Â
4 kaedah untuk keluar daripada kebankrapan
Terdapat 4 kaedah untuk seseorang bankrap dilepaskan daripada kebankrapannya iaitu:
(a) PEMBATALAN MAHKAMAH (Seksyen 105, Akta Insolvensi 1967)
Mahkamah Tinggi boleh membatalkan perintah kebankrapan sekiranya:
- Semua hutang telah dibayar sepenuhnya, termausk kos pentadbiran kebankrapan; atau
- Perintah Kebankrapan tidak sepatutnya dibuat kerana wujud kecacatan dalam prosiding atau individu tidak memenuhi syarat untuk diisytiharkan bankrapÂ
Â
(b) PELEPASAN MAHKAMAH (Seksyen 33, Akta Insolvensi 1967)
Individu bankrap boleh memohon pelepasan kepada Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah akan mempertimbangkan faktor berikut:
- Bantahan daripada pemiutang; dan
- Laporan Ketua Pengarah Insolvensi : menunjukkan tahap kerjasama individu bankrap serta jumlah pembayaran kepada pemiutang
- Mahkamah boleh memberi pelepasan bersyarat atau tanpa syarat, bergantung kepada keadaan kes
Â
(c) SIJIL PELEPASAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI (Seksyen 33A, Akta Insolvensi 1967)
- Permohonan dibuat oleh individu bankrap atau atas pertimbangan KPI sendiri;
- Kes telah ditadbir sekurang-kurangnya 5 tahun;
- Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk melepaskan individu bankrap berdasarkan faktor seperti jumlah pembayaran kepada pemiutang dan tahap kerjasama dengan MdI
Â
(d) PELEPASAN AUTOMATIK (Seksyen 33C, Akta Insolvensi 1967) (dikuatkuasakan secara retrospektif pada 6.10.2023)
- Melayakkan bankrap dilepaskan selepas tempoh tiga tahun dari tarikh penyerahan Pernyataan Hal Ehwal;
- Memenuhi bayaran (sum of money) yang ditentukan oleh KPI;
- Pemfailan borang penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap 6 bulan ;
- Tertakluk kepada bantahan pemiutang;
- Bankrap hendaklah bekerjasama dalam pentadbiran kebankrapan
Â
Tanggungjawab individu yang diisytiharkan bankrap
- Segera hadir ke Jabatan Insolvensi Malaysia yang mentadbir kes kebankrapan anda untuk memberikan kerjasama penuh dalam proses pentadbiran kebankrapan.
- Menyerahkan Maklumat Aset dan Liabiliti: Sediakan dan serahkan maklumat lengkap mengenai aset, liabiliti, transaksi kewangan, dan harta yang dimiliki kepada KPI.
- Mengemukakan Penyata Hal Ehwal (PHE) kepada KPI.
- Mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap enam bulan,
- Membuat Sumbangan kepada Estet Kebankrapan sebagai usaha penyelesaian hutang
- Tidak Membuat Pembayaran Terus kepada Pemiutang: Elakkan membuat pembayaran terus kepada pemiutang; semua pembayaran hendaklah melalui KPI.
- Memaklumkan Perubahan Maklumat Peribadi: Segera maklumkan kepada KPI sebarang perubahan nama, alamat, nombor telefon, pendapatan, harta, atau maklumat lain yang berkaitan.
- Memberi Maklum Balas kepada sebarang pertanyaan atau arahan daripada KPI dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Menghadiri Mesyuarat Pemiutang
Apa yang perlu dilakukan setelah diisytiharkan bankrap?
Hadir ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang mentadbir kes anda:
- Segera kunjungi cawangan MdI di negeri di mana perintah kebankrapan dikeluarkan terhadap anda. Di sana, anda dikehendaki memberikan kerjasama penuh dan mendedahkan segala maklumat berkaitan pendapatan kepada Pegawai Insolvensi. Pegawai tersebut akan membantu anda dalam pengisian borang-borang yang berkaitan.
Cara mengisi borang pernyataan hal ehwal (PHE)
LINK PDF
Panduan membuat permohonan membuka / mengaktifkan akaun simpanan
Individu yang diisytiharkan bankrap tidak boleh membuka atau mengaktifkan akaun simpanan sendiri tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Insolvensi. Berikut merupakan panduan untuk membuat permohonan kebenaran:
SYARAT UMUM:
TUJUAN PEMBUKAAN AKAUN MESTI JELAS, SEPERTI:
- Akaun Gaji ( untuk menerima bayaran daripada majikan)
- Akaun untuk pembayaran keperluan asas atau keluarga
Â
DOKUMEN DIPERLUKAN:
- Surat Permohonan rasmi
- Surat tawaran kerja / slip gaji terkini (jika berkaitan)
- Dokumen lain yang menyokong permohonan (jika ada)
Â
PROSES PERMOHONAN:
- Hadir ke pejabat MdI cawangan yang mentadbir kes dan serahkan permohonan bersama dokumen sokongan
- Pegawai MdI akan menyemak permohonan dan pertimbangan diberi berdasarkan alasan yang diberikan
- Jika diluluskan, individu bankrap akan menerima surat kebenaran rasmi daripada MdI untuk diserahkan kepada bank pilihan
Panduan membuat permohonan ke luar negara di bawah seksyen 38(1) (C) Akta 360
Senarai nama yang telah didaftarkan sebagai Penama (Nominee) Berdasarkan Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] & Jadual Pertama Kaedah 3, Kaedah-kaedah Insolvensi (Perkiraan Sukarela) 2017
Powered By EmbedPress