SOALAN LAZIM

BPP

Adakah bankrap boleh diambil tindakan jika didapati melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Insolvensi 1967 (Akta 360)?

Ya, boleh diambil tindakan.

Apakah kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh bankrap?

(1) Gagal hadir ke Jabatan Insolvensi Malaysia yang mentadbir kes kebankrapan - kesalahan di bawah Seksyen 28 Akta 360

(2) Gagal mengemukakan/memfailkan Penyata Hal Ehwal (PHE) kepada Jabatan Insolvensi Malaysia - kesalahan di bawah Seksyen 16 (3) Akta 360

(3) Gagal mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan pada setiap enam (6) bulan - kesalahan di bawah Seksyen 38(1)(b) Akta 360

(4) Gagal membuat sumbangan kepada Estet Kebankrapan seperti membayar ansuran bulanan - kesalahan di bawah Seksyen 91(2) Akta 360

(5) Kesalahan Fraud yang dikenalpasti di bawah Seksyen 109(1)(a) hingga (1)(r)(iii) Akta 360

(6) Kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 421, 422, 423 dan 424 Kanun Keseksaan

Apakah tindakan terhadap bankrap yang gagal menyerahkan aset dalam milikannya.

MdI boleh melakukan sitaan ke atas semua harta milik bankrap.