Bahagian Dasar, Perundangan & Komunikasi Strategik

Wan Zainul Azamin Bin Khamid @Abd MajidPengarah Insolvensi Bahagian Dasar, Perundangan & Komunikasi Strategik
zainul dot abdmajid at mdi dot gov dot my

BAHAGIAN DASAR, PERUNDANGAN & KOMUNIKASI STRATEGIK

Bahagian Dasar, Perundangan & Komunikasi Strategik terbahagi kepada empat unit:

1. UNIT DASAR & PERUNDANGAN

Unit ini terbahagi kepada dua skop:

(i) Perundangan

  • Menjalankan penyelidikan undang-undang dan memberikan pendapat undang-undang kepada MdI mengenai undang-undang insolvensi
  • Menggubal perundangan utama dan subsidiari yang berkaitan dengan insolvensi selaras dengan dasar kerajaan
  • Menyemak kontrak dan perjanjian perundangan yang dimeterai oleh MdI

(ii) Dasar

  • Menjalankan penyelidikan undang-undang dan memberikan pendapat undang-undang kepada MdI mengenai pembangunan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan perkara-perkara insolvensi
  • Merancang dan menyelaras Pelan Strategik MdI 2016 – 2020
  • Menyelaras laporan pegawai undang-undang di MdI ke Jabatan Peguam Negara
  • Menyelaras laporan ke pejabat Menteri

2. UNIT ADUAN & PERTANYAAN

  • Menerima aduan berhubung pentadbiran bankrap atau syarikat yang digulungkan daripada orang awam
  • Membantu orang awam dengan memberikan maklumat berkenaan MdI

3. UNIT PEMATUHAN

  • Memantau kemajuan cawangan berdasarkan prestasi suku tahunan
  • Memastikan pematuhan undang-undang, peraturan dan dasar yang telah ditetapkan berkenaan undang-undang insolvensi
  • Membentangkan penemuan audit kepada Ketua Pengarah Insolvensi

4. UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK

  • Menyelaras hal ehwal korporat MdI dan menyelaras segala permohonan berkenaan permintaan dan penyebaran data
  • Mengumpul penerbitan umum serta menyelaraskan statistik dan bertindak sebagai perhubungan awam dengan agensi luar
  • Merancang, menguruskan dan menyelaraskan program promosi dan publisiti MdI
  • Merancang dan melaksanakan program untuk memupuk hubungan dan kerjasama dengan agensi media / NGO dan pihak berkepentingan