Galeri Foto

Photo Gallery

MDI SERTAI PROGRAM JIWA RAHMAH SANTUNI MADANI

1 NOVEMBER 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menyertai Program Jiwa Rahmah Santuni MADANI anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Dewan Komuniti, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Melalui pembukaan reruai pameran, MdI menyediakan khidmat penerangan dan konsultasi kepada orang awam berkaitan urusan kebankrapan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan.
MdI merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak KPKT atas jemputan serta kepada semua petugas MdI yang terlibat dalam menjayakan penyertaan jabatan pada program ini.