Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI LIBAT URUS JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
10 JUN 2026
Putrajaya, 10 Jun 2026 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menerima kunjungan kerja daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diketuai oleh YBrs. Puan Almirulita binti Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), di Ibu Pejabat MdI, Putrajaya.
Sesi libat urus tersebut memberi fokus kepada penyelarasan isu perundangan serta operasi yang melibatkan kepentingan kedua-dua agensi. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi tatacara pelepasan pelikuidasi syarikat, implikasi tuntutan pemiutang, serta prosedur berkaitan sekatan perjalanan dan kebenaran keluar negara bagi individu bankrap.
YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi, turut hadir bagi menyantuni delegasi JKDM serta bertukar pandangan dalam mencari solusi terbaik terhadap isu-isu yang dibangkitkan.
Pertemuan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh persefahaman serta menyelaraskan bidang kuasa antara MdI dan JKDM. MdI merakamkan penghargaan kepada pihak JKDM atas kesudian hadir, dan komited untuk terus mempererat hubungan kerjasama strategik demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

