Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT MDI KE JABATAN TANAH DAN SERVEI SARAWAK

12 Mac 2025

📌 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐝𝐈 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐕𝐄𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kuching, Sarawak, yang diketuai oleh Puan Adibah Husna Binti Zainal Abidin (Pengarah Insolvensi Negeri ) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Tanah dan Servei Sarawak bertempat di Menara Pelita, Kuching.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek pentadbiran, perundangan, dan pengurusan hartanah berkaitan insolvensi di Sarawak.
Kehadiran delegasi MdI telah disambut mesra oleh Sr Rozlan Bin Haji Putit (Timbalan Pengarah Pengurusan, Jabatan Tanah dan Servei Sarawak) bersama barisan pegawai kanan jabatan.
📌 Fokus utama perbincangan:
✔️ Meningkatkan kecekapan pengurusan aset dan hartanah berkaitan insolvensi.
✔️ Memastikan pematuhan perundangan dan prosedur dalam pentadbiran kes.
✔️ Memperluaskan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Diharapkan kerjasama ini dapat mempercepatkan penyelesaian isu berkaitan hartanah dalam kes insolvensi serta meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan aset di Sarawak.