Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS BERSAMA UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU), JABATAN PERDANA MENTERI

14 JULAI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri pada 14 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat MdI, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Presint 3.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh Tuan Nik Syahril Nik Ab Rahman, Pengarah Insolvensi Bahagian Dasar dan Perundangan. Pertemuan ini diadakan bagi mendapatkan pandangan, khidmat nasihat serta perkongsian pengalaman daripada pihak ICU berhubung cadangan pemerbadanan MdI sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan.
Perbincangan turut menyentuh pelbagai aspek berkaitan tadbir urus, pengurusan organisasi dan pelaksanaan sebagai persediaan ke arah cadangan pemerbadanan MdI.
Jabatan Insolvensi Malaysia merakamkan penghargaan kepada pihak ICU atas kesudian berkongsi pandangan dan input sepanjang sesi ini. Diharapkan hasil perbincangan tersebut dapat membantu memperhalusi cadangan pemerbadanan MdI demi penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.