Galeri Foto
Photo Gallery
UNIT PENGURUSAN ASET INSOLVENSI (UPAI) MDI RANGKUL GOLD AWARD DI INDES 2026
14 MEI 2026
Unit Pengurusan Aset Insolvensi (UPAI), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengharumkan nama jabatan apabila berjaya merangkul Gold Award dalam 𝐓𝐡𝐞 𝟏𝟓𝐭𝐡 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐈𝐍𝐃𝐄𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟔 yang berlangsung pada 14 Mei 2026 di UiTM Seri Iskandar, Perak.
Pertandingan peringkat antarabangsa itu melibatkan penyertaan 232 pasukan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta sekolah.
Pasukan inovasi MdI diketuai oleh Encik Roshdi Sabu bersama lima pegawai lain menerusi projek inovasi bertajuk “𝐒𝐂𝐔𝐏𝐀𝐈: 𝐀𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐭𝐞𝐝 𝐀𝐮𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐒𝐲𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐁𝐫𝐢𝐝𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐆𝐚𝐩𝐬 𝐢𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐨𝐥𝐯𝐞𝐧𝐜𝐲 𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐬𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐀𝐬𝐬𝐞𝐭𝐬”.
Projek inovasi tersebut merupakan platform digital bersepadu yang dibangunkan bagi memperkemas pengurusan dan hebahan maklumat lelongan awam secara lebih sistematik, efisien dan telus di seluruh Malaysia.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan MdI dalam membudayakan inovasi serta memperkasa pendigitalan perkhidmatan awam sejajar dengan usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

