Galeri Foto
Photo Gallery
SOROTAN BENGKEL AKTA INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2026
15-16 OKTOBER 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui Bahagian Dasar dan Perundangan (BdP) telah menganjurkan Bengkel Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 pada 15 hingga 16 Oktober 2026 bertempat di Hotel Melia, Kuala Lumpur.
Bengkel ini diadakan susulan penguatkuasaan Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 [Akta 877] pada 28 Ogos 2026 bagi memberikan kefahaman kepada pegawai MdI mengenai peruntukan undang-undang serta tatacara pengendalian kes insolvensi yang melibatkan bidang kuasa lebih daripada satu negara.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pelaksanaan Akta 877, Aturan 88A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 serta pengenalan kepada Portal Cross Border Insolvency yang berkaitan dengan pengurusan kes insolvensi rentas sempadan.
Turut hadir, YBrs. Tuan Abu Bakar bin Manat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.
Bengkel ini menjadi platform kepada pegawai MdI untuk memahami keperluan dan pelaksanaan Akta 877 dalam menjalankan tugas serta mengendalikan kes insolvensi rentas sempadan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

