Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS JABATAN INSOLVENSI NEGERI PULAU PINANG BERSAMA PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG

15 APRIL 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Pulau Pinang telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) pada 15 April 2026.
Sesi pertemuan ini diketuai oleh Pengarah Insolvensi Negeri , Puan Siti Hafiza binti Jaafar bersama barisan pegawai kanan MdI Pulau Pinang. Kehadiran delegasi MdI telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PBA, Dato’ Ir. Pathmanathan K., serta barisan pengurusan tertinggi PBA termasuk Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Unit Perundangan.
Tujuan utama libat urus ini diadakan adalah untuk:
• Membincangkan prosedur dan penyelarasan berkaitan tuntutan bil bekalan air bagi syarikat-syarikat yang telah digulungkan; dan
• Memperkemas tadbir urus tuntutan di bawah seliaan Jabatan Insolvensi Malaysia bagi memastikan proses penyelesaian tunggakan berjalan lancar mengikut peruntukan undang-undang.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen kedua-dua agensi dalam memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam menguruskan hal-hal berkaitan liabiliti syarikat yang berada di bawah pentadbiran MdI secara efisien.