Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS MDI NEGERI PERAK BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) NEGERI PERAK
15 APRIL 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Perak bersama MdI Cawangan Taiping telah menghadiri satu sesi libat urus bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak yang berlangsung pada 15 April 2026.
Sesi tersebut diketuai oleh Puan Adibah binti Abdul Kadir, Pengarah Insolvensi Negeri Perak, bersama barisan pegawai kanan MdI Negeri Perak dan Cawangan Taiping. Kehadiran delegasi MdI telah disantuni oleh Puan Azurah Nor binti Sarif, Pengarah Negeri SSM Perak.
Libat urus ini diadakan bagi membincangkan pelarasan tadbir urus korporat serta penambahbaikan prosedur penggulungan syarikat, selaras dengan keperluan semasa dalam memastikan kelancaran pelaksanaan fungsi kedua-dua agensi.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan menyelaras pendekatan kerja dalam aspek pentadbiran kes penggulungan syarikat.
Melalui pertemuan ini, kedua-dua pihak bersepakat untuk terus memperkukuh kerjasama sedia ada ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pemegang taruh dan masyarakat.
Â

