Galeri Foto

Photo Gallery

MDI JOHOR PERLUAS HEBAHAN PERKHIDMATAN MELALUI PROGRAM KAUNTER BERGERAK YB AKMAL NASIR

15 JUN 2026

Jabatan Insolvensi Negeri Johor telah menyertai Program Kaunter Bergerak YB Akmal Nasir dengan membuka reruai pameran yang berlangsung di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru.
Program tersebut merupakan inisiatif YB Akmal Nasir untuk mendekati penduduk setempat serta mendapatkan maklum balas berhubung isu dan permasalahan yang dihadapi masyarakat bagi tindakan lanjut oleh pihak berkaitan.
Sepanjang program berlangsung, reruai Jabatan Insolvensi Negeri Johor menerima kehadiran yang memberangsangkan daripada pengunjung. Orang ramai mengambil peluang mendapatkan penerangan mengenai fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia, proses kebankrapan serta perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.
Penyertaan ini turut menjadi platform untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat serta meningkatkan kefahaman orang awam mengenai peranan dan fungsi Jabatan Insolvensi Malaysia. Program berkenaan telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Â