Galeri Foto

Photo Gallery

MDI KOTA KINABALU SERTAI PROGRAM MAHKAMAH BERGERAK DI KOTA BELUD

15 JUN 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Kota Kinabalu telah menyertai Program Mahkamah Bergerak yang berlangsung di Dewan Datuk Arshad Tempasuk, Kota Belud, Sabah, menerusi pembukaan reruai pameran dan sesi penerangan kepada orang awam.
Penyertaan MdI dalam program tersebut adalah atas jemputan Mahkamah Negeri Sabah bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan fungsi jabatan, termasuk pelaksanaan Dasar Peluang Kedua yang diperkenalkan untuk membantu individu yang berdepan isu kebankrapan.
Sepanjang program berlangsung, pegawai MdI turut memberikan khidmat nasihat serta menjawab pertanyaan orang ramai berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan. Inisiatif ini selaras dengan usaha MdI untuk meningkatkan kesedaran awam serta memperluaskan akses masyarakat kepada maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Program ini turut menjadi medium untuk mendekatkan MdI dengan komuniti setempat serta memperkukuh penyampaian maklumat secara terus kepada masyarakat.