Galeri Foto
Photo Gallery
MDI PERAK SERTAI KARNIVAL PENCEGAHAN JENAYAH HARI POLIS KE-219
15 JUN 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Perak telah menyertai Karnival Pencegahan Jenayah Hari Polis Ke-219 “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” yang berlangsung di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak.
Karnival tersebut menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mendekati masyarakat serta menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai.
Sepanjang program berlangsung, MdI Perak membuka reruai pameran dan kaunter perkhidmatan bagi memberi penerangan mengenai fungsi jabatan, proses kebankrapan serta perkhidmatan yang disediakan. Pengunjung turut mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan berhubung perkara berkaitan insolvensi.
Penyertaan ini memberi peluang kepada jabatan untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat, sekali gus meningkatkan kefahaman orang awam mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

