Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM BICARA INTEGRITI MDI KOTA KINABALU
15 JUN 2026
Program Bicara Integriti MdI Kota Kinabalu telah diadakan dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan warga jabatan agar sentiasa mengutamakan integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, di samping mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Program ini menampilkan En. Mohd Sufian Hassan, Ketua Unit Integriti Jabatan Insolvensi Malaysia, sebagai penceramah. Sesi perkongsian yang disampaikan memberi penekanan kepada kepentingan integriti, etika kerja serta pematuhan terhadap peraturan dan tatakelakuan penjawat awam.
Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai nilai integriti sebagai asas penting dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan berkesan.

