Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM BICARA INTEGRITI MDI NEGERI KEDAH
15 JUN 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kedah telah menganjurkan Program Bicara Integriti yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 1, Bangunan Wisma Persekutuan, Alor Setar, Kedah.
Program tersebut melibatkan penyertaan semua kakitangan MdI Negeri Kedah dan turut menampilkan perkongsian daripada wakil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah serta pegawai psikologi daripada JIPS PDRM Kedah.
Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam, di samping memberi pendedahan berkaitan tadbir urus yang baik, pencegahan rasuah, salah guna kuasa serta pembentukan nilai-nilai profesionalisme dalam organisasi.
Melalui program ini, MdI Negeri Kedah berharap dapat terus memupuk budaya kerja yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

