Galeri Foto
Photo Gallery
SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN LIBAT URUS ANTARA MDI NEGERI JOHOR DAN PUSAT KOREKSIONAL JOHOR BAHRU
15 JUN 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Johor telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi libat urus ke Pusat Koreksional Johor Bahru bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran kes kebankrapan serta mempererat hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Delegasi MdI Negeri Johor diketuai oleh Pengarah Insolvensi Negeri Johor, Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin dan telah disambut oleh Pengarah Pusat Koreksional Johor Bahru, PKP Mohamad Saizi bin Ibrahim.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkongsian maklumat berkaitan pengurusan kes kebankrapan, penyelarasan urusan yang melibatkan penjawat awam serta cadangan penambahbaikan proses kerja yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Sesi ini diharap dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih baik dan memudahkan urusan berkaitan pada masa akan datang.

