Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS CADANGAN PEMERBADANAN SEBAGAI BADAN BERKANUN BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

15 JUN 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat MdI, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Presint 3. Sesi tersebut dipengerusikan oleh Tuan Nik Syahril Nik Ab Rahman (Pengarah Insolvensi, Bahagian Dasar dan Perundangan).
Sesi ini diadakan bagi mendapatkan pandangan, khidmat nasihat serta input berkaitan cadangan pemerbadanan MdI sebagai sebuah badan berkanun. Perbincangan tertumpu kepada aspek sumber manusia dan pengurusan organisasi bagi menyokong hala tuju serta keperluan pembangunan MdI pada masa hadapan.
MdI merakamkan penghargaan kepada pihak JPA atas kesudian berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang sesi berlangsung. Diharapkan hasil perbincangan ini dapat menjadi panduan dalam meneliti cadangan pemerbadanan MdI secara lebih menyeluruh.