Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS MDI SELANGOR BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM), CAWANGAN KHAS, BUKIT AMAN
15 JUN 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah mengadakan sesi libat urus bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Khas, Bukit Aman bagi membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Delegasi PDRM diketuai oleh SUPT Devanesaon, manakala pihak MdI Negeri Selangor diwakili oleh Tuan Ahmad Khalil Kushairi bin Umar Saifuddin bersama pegawai-pegawai jabatan.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat, aspek perundangan dan penguatkuasaan serta kaedah penyelarasan yang dapat membantu melancarkan urusan melibatkan kedua-dua agensi. Perbincangan turut menyentuh peranan Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan MdI dalam mengendalikan kes-kes di bawah Akta Insolvensi serta keperluan kerjasama dengan pihak PDRM dalam perkara yang memerlukan tindakan lanjut.
Sesi ini diharap dapat memudahkan urusan antara kedua-dua agensi serta menyokong pelaksanaan tugas yang lebih berkesan pada masa hadapan.
Â

