Galeri Foto
Photo Gallery
JEMPUTAN CERAMAH SEMPENA KURSUS “PENGURUSAN KEWANGAN BERHEMAH - BANGKIT SEMULA: PELUANG SELEPAS DIISYTIHAR MUFLIS” DI HOSPITAL TENOM
15 OGOS 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu telah dijemput oleh Hospital Tenom untuk menyampaikan ceramah menerusi Kursus “Pengurusan Kewangan Berhemah – Bangkit Semula: Peluang Selepas Diisytihar Muflis”.
Ceramah yang disampaikan oleh Puan Sylviana Giduan itu memberi penerangan kepada pegawai dan kakitangan Hospital Tenom mengenai pengurusan kewangan, kebankrapan serta peluang untuk bangkit semula selepas mendapat pelepasan.
MdI Kota Kinabalu turut membuka reruai bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut mengenai peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.
Diharapkan perkongsian ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta dalam mengurus kewangan dengan lebih baik. MdI Kota Kinabalu turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Hospital Tenom atas jemputan serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

