Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENGUBAHSUAIAN PEJABAT MDI KUALA LUMPUR

15 OKTOBER 2026

15 Oktober 2026 | Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pengubahsuaian Ruang Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berlangsung di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tingkat 19, Sunway Putra Tower, Kuala Lumpur.
Majlis ini diadakan bagi menyempurnakan penyerahan projek pengubahsuaian ruang pejabat oleh JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada MdI setelah kerja-kerja pengubahsuaian disiapkan.
Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha menyediakan kemudahan pejabat yang lebih teratur, selesa dan kondusif, bukan sahaja kepada warga kerja MdI, malah kepada orang awam yang berurusan dengan jabatan.
Dengan siapnya projek pengubahsuaian ini, diharapkan kemudahan dan persekitaran pejabat yang lebih baik dapat menyokong kelancaran urusan pentadbiran serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan MdI kepada masyarakat.
Turut hadir, YBrs. Tuan Abu Bakar bin Manat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia serta pegawai-pegawai kanan MdI.