Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS MDI PULAU PINANG BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) PULAU PINANG

16 JULAI 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Pulau Pinang telah mengadakan sesi libat urus bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang.
Delegasi MdI Pulau Pinang diketuai oleh YBrs. Puan Siti Hafiza binti Jaafar, Pengarah Insolvensi Negeri Pulau Pinang, bersama pegawai-pegawai MdI Pulau Pinang.
Sesi ini diadakan bagi membincangkan cadangan penambahbaikan dalam urusan kerja antara kedua-dua agensi, di samping berkongsi prosedur dan arahan semasa yang berkaitan. Perbincangan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi serta mengenal pasti langkah penyelesaian yang lebih berkesan.
Diharapkan sesi libat urus ini dapat terus mengeratkan kerjasama antara MdI dan SSM dalam memastikan urusan yang melibatkan kedua-dua agensi dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan.