Galeri Foto
Photo Gallery
MDI TAIPING PERKEMAS PENGURUSAN REKOD MENERUSI SESI LIBAT URUS BERSAMA ARKIB NEGARA MALAYSIA
17 APRIL 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Taiping, Perak telah mengadakan satu sesi libat urus bersama Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Perak bagi membincangkan pengurusan rekod awam yang lebih sistematik.
Sesi yang berlangsung pada 17 April 2026 ini dihadiri oleh Penolong Pengarah Insolvensi Negeri, Puan Nur Nabilah Hanim binti Mohd Noor Hakim, bersama ketua-ketua unit MdI Taiping.
Objektif utama sesi libat urus ini adalah untuk:
• Membincangkan tatacara dan permohonan pelupusan rekod awam yang tepat.
• Memastikan pengurusan rekod di MdI Taiping selaras dengan ketetapan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) yang berkuat kuasa.
Sesi tersebut telah difasilitasi oleh Puan Siti Nursuria Aida binti Bakri, Penolong Pengarah Negeri ANM Perak.
Kerjasama ini penting bagi memastikan setiap rekod jabatan diuruskan mengikut piawaian Arkib Negara, sekaligus meningkatkan kecekapan tadbir urus dokumen rasmi di bawah seliaan Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Taiping.
Â

