Galeri Foto

Photo Gallery

BICARA INTEGRITI SEMAI NILAI AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB WARGA MDI PAHANG

18 OGOS 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Pahang telah mengadakan program Bicara Integriti bertemakan “Integriti Asas Kejayaan, Amanah Tanggungjawab Bersama” sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti dalam pelaksanaan tugas seharian.
Program ini menampilkan ASP Noorul Asyikin binti Mustafa, Asistan Superintenden Polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sebagai penceramah. Turut hadir, Puan Haryati binti Abdullah, Pengarah Insolvensi Negeri Pahang.
Antara perkara yang dikongsikan ialah kepentingan nilai amanah, tanggungjawab dan akauntabiliti dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam, selain pematuhan terhadap peraturan dan etika kerja serta menjaga kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga MdI Negeri Pahang untuk terus mengamalkan nilai integriti dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab masing-masing.